Selain membuat gubahan hantaran, gubah bunga telur dan buat door gift, ada lagi hobi yang sangat saya minati sejak kecil..Menjadi photographer.Tak tahu kenapa saya minat sangat. Especially apabila melihat pemandangan yang cantik, saya pasti akan rakam di dalam gambar. Bermula ketika saya mendapat keputusan peperiksaan UPSR..Alhamdulillah saya cemerlang dalam peperiksaan tersebut.Jadi ,ayah dan mak bertanya apa hadiah yang saya mahukan ,jawapan saya ..Saya nak kamera sendiri..walaupun hanya sebuah camera compact tetapi saya amat gembira yang tak terhingga.Dari situ saya bermula suka mengambil gambar...Dari situlah bermula semangat ingin mengambil gambar..
Dan teruskan semangat itu, bila di universiti apabila saya dapat menerajui Kelab Fotografi di Kolej dahulu..Kini setelah berkahwin ,tak sangka pula minat itu kami berkongsi bersama hubby.Dia lagi hebat sebab dia memang ada basic dan idea yang kreatif. Jadi dialah Mentor dan sumber inspirasi saya. Juga pengkritik hebat terhadap gambar yg saya ambil.Legasi kami telah ada penerusnya...anak2 pun ada yang berminat di dalam bidang ini..Amin
Sedikit koleksi foto saya ketika di Langkawi
Anum Inspire
Anum Inspire adalah hasil cetusan idea seorang suami yang ingin melihat isterinya terus berkarya di dalam bidang yang isterinya minati. Laman khas untuk tatapan bakal pengantin untuk berkongsi cerita, idea dan pengalaman yang dapat membimbing sesama insan selain daripada menjana ekonomi dengan hasil tangan gubahan hantaran, bunga telur, kraftangan dan cenderamata yang sesuai di majlis perkahwinan. selain itu juga Anum Inspire memberi khidmat wedding planner dengan niat ikhlas ingin membantu sesama insan menjayakan majlis perkahiwanan tanpa terasa beban.