Keabadian Cinta
Lagu Keabadian Cinta sering menjadi lagu
kemestian bagi setiap pasangan pengantin yang ingin menceritakan bagaimana
mereka akan mengabdikan diri mereka kepada insan yang sangat mereka
cintai.Penuh puitis lagu ini dan amat dalam maksud yang ingin
diceritakan..Melodinya sungguh romantis dan mampu memukau pada yang
mendengarnya...Bak kata Anuar Zain, “akan ku sahut cintamu itu bersama dikau
menuju bahagia..” Sungguh hebat sahutan panahan cinta insan bercinta.
Lakaran sejarah telah banyak menceritakan
bagaimana manusia sanggup berkorban demi cinta. Laila dan Majnun sanggup mati
bersama demi mengabdikan cinta mereka hingga ke akhir hayat mereka.Cinta yang
mendapat tentangan keluarga kerana berbeza darjat kehidupan di dunia. Lain pula
cerita Romeo dan Juliet yang sanggup mengabdikan cintanya dengan kemanisan
racun yang diminum kerana cinta tidak kesampaian. Tidak kurang hebatnya sejarah
melayu kita, Tun Teja melarikan diri bersama cintanya Hang Tuah kerana tiada
mahunya dia dikawinkan dengan Tun Ali.
Cinta .Ungkapan keramat bagi setiap
insan.Harga lafaz cinta yang keluar dari bibir sang pencinta amat mahal sekali.
Ramai yang memberi nilai yang tinggi kepada cinta,harta dan nyawa sanggup
diserahkan.Aduh hebat sungguh keabadian Cinta sesama insan.
Cukupkah kita mengabdikan cinta hanya
kepada insan sahaja,bagaimana pula dambaan cinta kita kepada PENCIPTA. Cinta
yang tiada tolok bandingNya. Tiada pengukur yang boleh menjadi pengukur
kecintaan PENCIPTA kepada ciptaanNYA dan tiada penimbang yang boleh menimbang
betapa MAHA hebat NYA kasih sayang NYA kepada ciptaanNYA. Namun jarang diantara
kita sedar,kerana duniawi kita penuh dengan warna warni kehidupan yang cukup
mengasyikkan hingga mengalpakan kita tentang KECINTAAN yang ESA.
Andainya cinta sang suami kepada isteri
tercinta sanggup berkorban apa sahaja,bagaimana pengorbanan kita kepada
NYA?Kalau panahan cinta boleh menebusi hati –hati insane yang
bercinta,Bagaimana pula panahan kata-kata PENCIPTA dalam kalamNYA?adakah
menusuk ke dalam kalbu insanNYA?Lautan dalam sanggup ku harungi,lautan api
sanggup ku redahi...Sedalam mana kita mengenali PENCIPTA dan adakah sungguh
kita sanggup mengharungi lautan api PENCIPTA hanya kerana terleka dengan
Keabadian cinta manusia.
Keabadian Cinta bukan hanya sekadar sebuah
lagu,ianya juga petikan yang telah lama PENCIPTA karangkan untuk ciptaanNYA
pada kalamNYA.Tiada salahnya mengabdikan cinta kepada Insan tercinta ,Namun
cinta yang TERATAS adalah cinta yang TERAGUNG..kerana satu hari nanti kita akan
diabdikan dan cinta kita akan dipersoalkan..Adakah kita setia kepadaNYA? Adakah
sungguh-sungguh kita telah berkorban untukNYA?Adakah kita cintaiNYA seorang
tiada dua?Adakah kita mengimpikan perjumpaan bersamaNYA?
Mari kita renungkan ungkapan Keabadian
cinta dan mencari sejauh manakah keabadian cinta kita...sebelum kita diabdikan.
No comments:
Post a Comment