Sebelum kawin pastikan kita tahu mas kawinnya..Itu yang penting..Jom tengok nilai Mahar mengikut negeri..
Anum Inspire
Anum Inspire adalah hasil cetusan idea seorang suami yang ingin melihat isterinya terus berkarya di dalam bidang yang isterinya minati. Laman khas untuk tatapan bakal pengantin untuk berkongsi cerita, idea dan pengalaman yang dapat membimbing sesama insan selain daripada menjana ekonomi dengan hasil tangan gubahan hantaran, bunga telur, kraftangan dan cenderamata yang sesuai di majlis perkahwinan. selain itu juga Anum Inspire memberi khidmat wedding planner dengan niat ikhlas ingin membantu sesama insan menjayakan majlis perkahiwanan tanpa terasa beban.
Tuesday, 25 February 2014
Monday, 24 February 2014
Fakta Kenapa Sirih Junjung
Sirih Junjung
Adat masyarakat Melayu, sirih junjung adalah perkara wajib dibawa ketika proses merisik dan meminang. Ia diibaratkan sebagai `penghulu’ kepada segala hantaran.
Zaman dulu, sirih junjung disediakan oleh pihak lelaki dan tepak sirih dilengkapi gambir, pinang dan kapur pula pihak perempuan. Fungsinya sebagai `pembasah mulut’ ataupun sebagai pembuka bicara.
Makna tersirat:
- Sirih: Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.
- Kapur: Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi dalam keadaan tertentu yang memaksa ia akan berubah lebih agresif dan marah.
- Gambir: Sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.
- Pinang: Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.
- Tembakau: Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.
Zaman dulu, pihak keluarga penerima akan mengagihkan kepada saudara-mara helaian daun sirih daripada sirih junjung apabila selesai majlis. Lazimnya, sirih diberi kepada anak gadis untuk diambil berkatnya supaya segera bertemu jodoh.
Untuk menghasilkan sirih junjung, daun sirih yang segar dan tidak rosak rupa fizikalnya dipilih. Saiz yang dipilih juga pelbagai.
Menurut kepercayaan dan petua orang tua dulu, sesiapa yang sukar bertemu jodoh disyorkan mengunyah sehelai daun daripada sirih junjung hantaran majlis perkahwinan atau pertunangan supaya keberkatan itu turut terkena tempias kepadanya.
Bagaimanapun, ia sekadar kepercayaan atau mitos kerana semua berlaku, termasuklah soal jodoh adalah ketentuan Allah SWT.
Biarpun begitu, budaya itu masih lagi tersemat di kalangan segelintir masyarakat Melayu terutama orang tua dan ironinya, sehingga sekarang masih ada yang melakukannya atas tujuan suka-suka saja.
Sambung Baca: http://www.eserikasih.com/fakta-tentang-sirih-junjung#ixzz2uGMa13h2
Thursday, 20 February 2014
Tuesday, 11 February 2014
Gubahan Hantaran 2014
Dengan Lafaz Bismillah ...koleksi gubahan hantaran 2014
Code : AI12014
Code : AI2 2014
Code : AI3 2014
Wednesday, 5 February 2014
Bunga Telur Lagi...
Ni pula bunga telur untuk Majlis perkahwinan adik Nurul..ada idea untuk buat kelainan skit..bunga telur tangkai ala-ala spring..
Bunga Telur Majlis Mauludul Rasul
Hujung minggu lepas ,kami sekeluarga diberikan kesempatan masa untuk pulang ke kampung halaman suami ku di Sg. mati Muar..Niat dihati nak siapkan bunga telur kawan ku..Nak dijadikan cerita, ibu mertua ku sambil memerhati bertanya: Kalau mak nak anum tolong buatkan untuk mak rasa-rasa sempat tak buat..kan" Emmm..aduih..banyak ker...dalam hati ku..Rupanya sikit jer ..dua jambangan bakul untuk dijadikan Hadiah ketika sambutan mauludul Rasul...Ok juga..boleh buat amal jariah..Jadi ni la bunga yang sempat siapkan...Semoga dengan bunga telur ini..Allah permudah kan membantu ku..memperkembangkan sayap business ku..AMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)