Anum Inspire

Anum Inspire adalah hasil cetusan idea seorang suami yang ingin melihat isterinya terus berkarya di dalam bidang yang isterinya minati. Laman khas untuk tatapan bakal pengantin untuk berkongsi cerita, idea dan pengalaman yang dapat membimbing sesama insan selain daripada menjana ekonomi dengan hasil tangan gubahan hantaran, bunga telur, kraftangan dan cenderamata yang sesuai di majlis perkahwinan. selain itu juga Anum Inspire memberi khidmat wedding planner dengan niat ikhlas ingin membantu sesama insan menjayakan majlis perkahiwanan tanpa terasa beban.

Friday, 28 March 2014

Kek Birthday Dayana




26/3/2014,genap la umur Nur Afifah Dayana 9 tahun..Adala buat makan-makan dengan keluarga skit. sebelum majlis..dia dah inform"Umi boleh tak K.Long nak cheese cake..tak nak chocolate cake.." Emm..tu jer balas ku..Ikutkan nak buat yang senang jer tapi rasa tak sampai hati buat juga cheese cake untuk sambutan Hari Lahir nya..Ni la hasilnya..Cheese cake yg x seberapa untuk anak umi sorang ni..

Selamat Hari lahir..Semoga membesar dengan baik dan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat serta menjadi mukmin ynag solehah hendaknya.

Setelah kepenatan dengan majlis makan-makan,keletihan dan terus masuk tidur.Minta tolong K. Long untuk kemaskan meja.bangun pagi ni terkejut rasa di hati..meja dah bersih di kemas, makan siap di simpan dan pinggan mangkuk sudah dibasuh..Bila tanya hubby..jawabnya :K.long buat semuanya..Terima kasih K.Long(Nur Afifah Dayana) ku kucup dahinya yang tengah tidur..





                                                 Ini la birthday girl nya




Thursday, 20 March 2014

Wedding Planner



              WEDDING PLANNER JOB DI FELDA VILLA
   

   Siapa sangka dari mengubah hantaran kini mengorak langkah setapak lagi dan diberi mandat baru untuk menjadi Wedding Planner pulak..Tak pernah terlintas pun..dulu ada la tegok drama bersiri Renjis lakonan  Elyana..Pernah la terlintas bila tengok cerita ni "alangkah bestnya kalau dapat jadi wedding planner".Dan hari ni doa tu termakbul..Aku dilantik oleh Kak Rose yang mulanya menempah hantaran anaknya terus melantik ku menjadi wedding planner untuk majlis anaknya bulan 5 ni..HuHu ingat kan senang ..rupanya tak la senang yang dilihat.banyak aspek perlu diambil kira..sebagai seorang wedding planner bukan sahaja merancang dari segi pengurusan majlis tetapi bajet client kita sekali..Membantu merancang perkahwinan mereka dengan bajet yang telah ditetapkan..

Yang paling penting client kita berpuas hati dengan tugas kita. Untuk majlis ni.. Hantaran dah pilih, door gift dah pilh, VIP door gift dah pilih , Pelamin, flower guest table dan lighting villa masih dalam progress.Harap dapat selesaikan secepat mungkin sebabnya Majlis dah dekat..Risau...nya..Opps lupa Wedding Kek pun lom buat food test lagi..Doa-doakan saya berjaya melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin..



Ini adalah hantaran yang dipilh oleh Kak Rose untuk anaknya.


Ini pula door gift yg guna Martha Steward idea..


Ini pula untuk door gift main table...

Kosep Majlis adalah Romantik..Wow untuk merialisasikan sesuatu yg romantik..emmm..Harap berjaya..

Wednesday, 12 March 2014

Yang Sweet sahaja...Hantarannya



Yang ni ala-ala sweet jer...untuk sesiapa berminat ...emm yang ni tak mahal pun..sewanya RM65 jer...klu beli terus RM 75..Kalau sewa lebih dari 7 dulang..DISKAUN akan diberi.

Penggemar Hantaran Bunga Orkid



Ha...ni dia...satunya hantaran dengan bunga Orkid artificial tapi nampak cam real orkid..Cantik tak.....oleh sebab bunga macam real ,harganya pun ada skit real...RM 90 jer sewa..tapi kalau pingin mahu dibeli RM100...Harga boleh dirunding lagi dengan 5 dulang dan keatas.

UNTUK Promosi....dalam masa terdekat ini sesiapa membuat tempahan dengan hantaran diatas (7 dulang) akan mendapat FREE Hand bouquet fresh flower. Rose atau Daisy.



Tuesday, 11 March 2014

SEWA GUBAHAN HANTARAN MURAH

Cuti sekolah tak dah tak lama lagi...Emm jadi ramai la bakal pengantin yg akan mengadakan majlis perkahwinannya..Mesti tengah sibuk dengan macam perkara yang belum selesai..HAAA kami di Anum Inspire nk tolong skit mengurangkan pening kepala...Gubahan murah dan mudah untuk disewa...Tak yah pening 2 kepala gi...Harga pun harga patut sangat...Sewa dengan RM 60 ringgit jer ..Upah gubah barang hantaran RM 0= FREE..Apa lagi....tapi kalau nak beli pun boleh tak mahal pun  RM 70 jer..klu lebih dr 5 dulang boleh bagi diskaun lagi...Meh la order...


Saturday, 1 March 2014

Kek Birthday Farhah

Untuk birthday Farhah tahun ni..dah cadang nak buat Kek masa sambutan Hari lahirnya..Kek nya menjadi dengan baik tetapi icing nya ada kureng skit...Cam ner ekh..aduh..barang untuk deko kek tak complete.Ni mesti hilang masa pindah rumah ari tu..Jadi buat juga dengan apa yang ada..nozzle yang dicari tak jumpa, plastik utk icing x der..spatula nya entah kemana..Cabaran bertul ..Dah la masa buat ni tengah malam..nak cari barang dah tak de masa..Ni la Hasil dengan kekreatifan yg ada ..Boleh la..tu pun ada orang ingat kek beli..Waduh ter rangkat kejap

 Untuk mencantikkan lagi...kita bubuh la gambar Dora ..gambar kartun kegemaranya.Ideanya datang tertibanya...

Ni la birhday girl nya..