Anum Inspire

Anum Inspire adalah hasil cetusan idea seorang suami yang ingin melihat isterinya terus berkarya di dalam bidang yang isterinya minati. Laman khas untuk tatapan bakal pengantin untuk berkongsi cerita, idea dan pengalaman yang dapat membimbing sesama insan selain daripada menjana ekonomi dengan hasil tangan gubahan hantaran, bunga telur, kraftangan dan cenderamata yang sesuai di majlis perkahwinan. selain itu juga Anum Inspire memberi khidmat wedding planner dengan niat ikhlas ingin membantu sesama insan menjayakan majlis perkahiwanan tanpa terasa beban.

Sunday 14 September 2014

Pelamin Imtiyaz Dan Ainnul Najwa..Sept 2014

Kini saya dah serius dengan langkah seterusnya untuk menghasilkan pelamin perkahwinan.. Ini adalah permulaan baru yang harapnya akan mendapat sambutan dari pelanggan.. Terima kasih kepada pasangan pengantin kerana sudi memberikan izin untk kami menyediakan pelamin di hari bahagia mereka. 

Tiada ucapan yang lebih gembira kerana pelamin ini telah diperhatikan oleh ramai tetamu..Majlis diadakan di Restoran Nelayan di Gombak.. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dan habis pada pukul 11 mlm. Dan juga terima kasih pada keluarga pengantin yang sporting ..Gambar pelamin pula kredit to Inspire Clickers kerana menghasilkan gambar yang cantik..Pelamin saya tampak menyerlah kagi.. Pada yang belum mempunyai fotographer untuk Majlis kalian ,boleh la Contact En Zairi 0123946940...

PELAMIN DEWAN DENGAN HARGA PELAMIN RUMAH....MURAH...CEPAT








No comments:

Post a Comment