Anum Inspire

Anum Inspire adalah hasil cetusan idea seorang suami yang ingin melihat isterinya terus berkarya di dalam bidang yang isterinya minati. Laman khas untuk tatapan bakal pengantin untuk berkongsi cerita, idea dan pengalaman yang dapat membimbing sesama insan selain daripada menjana ekonomi dengan hasil tangan gubahan hantaran, bunga telur, kraftangan dan cenderamata yang sesuai di majlis perkahwinan. selain itu juga Anum Inspire memberi khidmat wedding planner dengan niat ikhlas ingin membantu sesama insan menjayakan majlis perkahiwanan tanpa terasa beban.

Monday, 29 September 2014

Promosi.....dan Promosi



Friday, 26 September 2014

Sunday, 14 September 2014

Pelamin Imtiyaz Dan Ainnul Najwa..Sept 2014

Kini saya dah serius dengan langkah seterusnya untuk menghasilkan pelamin perkahwinan.. Ini adalah permulaan baru yang harapnya akan mendapat sambutan dari pelanggan.. Terima kasih kepada pasangan pengantin kerana sudi memberikan izin untk kami menyediakan pelamin di hari bahagia mereka. 

Tiada ucapan yang lebih gembira kerana pelamin ini telah diperhatikan oleh ramai tetamu..Majlis diadakan di Restoran Nelayan di Gombak.. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dan habis pada pukul 11 mlm. Dan juga terima kasih pada keluarga pengantin yang sporting ..Gambar pelamin pula kredit to Inspire Clickers kerana menghasilkan gambar yang cantik..Pelamin saya tampak menyerlah kagi.. Pada yang belum mempunyai fotographer untuk Majlis kalian ,boleh la Contact En Zairi 0123946940...

PELAMIN DEWAN DENGAN HARGA PELAMIN RUMAH....MURAH...CEPAT








Hantaran Pertunangan Mira

Majlis pertungan Mira sepupu suamiku ..selamat bertunang..Majlis Mira kami tak dapat hadir sebab bertembung dangan Majlis kami sedang buat pelamin..Huhu..tetapi alhamdulillah.. Mira faham..Dapat juga tambah koleksi gubahan hantaran. Ini sahaja yang dapat saya bantu..untuk Majlis Mira..





Majlis Cukur Jambul Zinnirah..Buaian Berondoi..


Memang sejak Zinnirah dalam kandungan, saya telah berhajat untuk membuat Buaian untuk anak buah saya sorang ni...Alhamdulillah tercapai jua walaupun tidak sehebat mana. Kerana kesuntukan masa ,ini yang dapat saya hasil kan.. Selamat datang Zinnirah...semoga menjadi anak yang solehah...Amin

Saya menerima tempahan ..Jika berminat boleh call .saya..Harga sangat berpatutan..RM250 sahaja

Hntaran Nas 16/8/2014

Saya dapat tahu, sepupu suami saya akan mendirikan rumah tangga bulan 8 ni..jadi niat di hati ingin membantu apa yang boleh..Rupa-rupanya pucuk dicita dari pihak mak cik saya..yang saya panggil Mak Intan.. Oleh kerana pertama kali nak buat majlis Mak Intan diserang sakit badan dan pitam..mujur saya datang tepat pada masanya.Asalnya Mak Intan nak gubah sendiri ,tetapi oleh kerana badan yang kurang sihat, jadi dia serahkan pada saya. Semua barang sudah dibeli tinggal gubah sahaja lagi...Allhamdulillah dapat juga saya tambah koleksi gubahan..Ni Hantaran Nas untuk isteri tercinta..









lama Menyepi...

Sudah tiga bulan saya tak update blog..Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk berkarya di laman ini..Saya agak sibuk dengan beberapa event dan sambutan Syawal.. Tahun ini kami menyambut syawal di Kelana Jaya.tahun ini.Tahun giliran Kelana Jaya, jadi kami 3  beradik dapat sambut bersama meriah jadinya..Sambutan kali ini disambut sederhana sahaja..Dikesempatan ini saya mungkin sudah terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri..Gambaran kenngan di pagi Raya..



Inilah keluarga besar kami.


Tahun tema warna purple..akhirnya dapat juga warna pilihan..hehe